Laporan Dari Kem Kemunting

Lebih kurang 2000 rakyat yang berbilang bangsa telah bersama² berhimpun di Hadapan Kem Tahanan Kemunting pada jam 2.30 petang

Kumpulan ini juga disokong oleh satu Konvoi besar²an yang bermula di R&R Rawang yang dianggotai lebih kurang 300 buah kenderaan bermotor.

Malangnya himpunan ini telah menjadikan satu medan untuk anggota " who let's the dog out " untuk menunjukkan kuasanya.

Menurut orang ramai, pihak berkuasa telah mengadakan sekatan di semua lebuhraya. Pihak polis juga telah mengadakan kawalan ketat di semua pintu masuk ke Kem Tahanan Kemunting.

Kawalan ketat ini telah berjaya dileraikan oleh orang ramai pada jam 2 petang. ini terbukti apabila orang ramai telah mula berkumpul di hadapan kem tahanan Kemunting.

Pada awalnya kumpulan rakyat ini telah mengadakan satu perhimpunan yang amat aman. Dan yang pasti perhimpunan ini adalah "perhimpunan haram".

Pada pukul 3 petang, unit Fru telah tiba dan mula 'menjalankan' kuasa. Ketuanya yang berdiri di atas bas pengakutan Fru telah menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Agong untuk menakutkan orang ramai.

Orang ramai masih berkumpul di seberang jalan raya yang berhadapan dengan pintu utama kem Kemunting. Mereka telah juga mengeluarkan sepanduk berbahasa cina (maaf saya tidak pandai berbahasa cina) dan sepanduk² yang mengecam Akta ISA. Ketibaan Puan Bahirah Tajul Aris isteri kepada Ezam Mohd Noor tidak dihiraukan dan sessi pembacaan doa juga tidak dapat dilaksanakan

Kerana Apa!!! (Gaya Ezam)

Kerana kumpulan ini telah disuraikan oleh pihak polis dengan menggunakan water conan yang berharga RM 2 juta. Pihak polis juga telah menggunakan unit 'elitnya' untuk menangkap orang ramai. Seramai 41 wira² reformasi telah ditahan termasuk seorang budak kecil yang berumur 8 tahun (kecik² dah pandai bawak molotov cocktail!!!). Isteri kepada Saari Sungib Puan Aliza Jaafar juga telah berjaya melayakkan diri bersama² 41 wira yang berkampung di Balai Polis Daerah Taiping.

Unit Maklumat GMWM