Assalamualaikum

          Sebagai sebuah persatuan pelajar yang kecil kami telah dituduh sebagai persatuan HARAM di IPT (sila rujuk
          surat khabar berita harian 7-7-2001). Apakah salah kami sehingga kami dan 9 persatuan pelajar lagi telah dilebalkan
          sebegitu-rupa.

          Apakah salah kami kerana kami telah menyuarakan bantahan kepada kerajaan tentang ketidakadilan, akta yang
          zalim serta penindasan.

          Kerajaan selama ini telah lama memijak kami. Sebagai contoh beberapa rakan ² kami telah ditahan di bawah akta
          kejam ISA. Sudah menjadi adat kerajaan Barisan Nasional untuk memenggal setiap lawan politiknya.

          Kami akan tetapkan pendirian kami untuk terus berjuang dan segala ugutan yang dilemparkan oleh kerajaan tidak
          akan melunturkan semangat kami.

          Kami tidak pernah terlintas didalam hati untuk membakar universiti atau dewan universiti. Tidak terlintas pun
          dihati kami untuk menuntut perubahan dengan kekerasan. Jangan paksa kami untuk melakukan sedemikian.

          Kami Anak Muda Wangsa Maju akan tetap LAWAN. Lawan Sampai Menang. Walaupun seluruh ahli kami telah
          ditahan sekalipun, tidak kira bawah akta apapun kami akan terus berjuang sehingga kami dan rakyat menang

          Reformasi!!!
          Student Power!!!
          Pelajar Bersatu Tak Akan DiKalahkan!!!
          Takbir!!!
          http://wanted81.tripod.com