Salam perjuangan buat semua rakyat Malaysia yang tertindas...walaupun masih ada yang menyokong kerajaan
          yang sungguh zalim ini.

          Kerajaan alaf baru ini yang mendakwa hukuman kepada tapol yang dinafikan bicara kepada mereka itu tidaklah
          pula sezalim hudud...yang boleh menyebabkan seseorang individu itu kehilangan anggota badan mereka.
          Begitulah antara lain kaitan yang dimainkan mereka.

          Namun mereka tidak pula berfikir bahwa mereka menyerang tapol tersebut dari segi minda atau fikiran dan
          jarang-jarang penderaan fizikal jua berlaku. Apakah itu suatu kata-kata rasional bagi menghalalkan ini ? Adakah
          cara boleh menghalalkan cara sadis ini ?

          Sehari dua ini, dua pelajar telah menjadi mangsa akta kejam ini. Adakah mereka dari kalangan partai pemerintah
          akan mengatakan " padamlah muka mereka kerna menentang kerejaan ". Maka apakah daya mereka jika situasi
          yang sama berlaku keatas kerabat mereka. Ini adalah suatu perkara yang cukup membelakangi prinsip kemanusiaan
          yang kian terhakis di bumi yang fana ini. Pada pengamatan saya yang dangkal ini, kerajaan tidak akan
          bertolak-ansur dalam apa jua cabaran yang mendatangi mereka, tak kira mereka itu dari kelompok yang mana,
          asalkan mereka menentang, maka mereka bakal berdepan dengan kasus yang maha dahsyat ini.

          Justeru itu bangkit;lah wahai rakyat jelata sekalian. Kalian tidak harus berdiam diri. Jika sebelum ini, pelajar yang
          ditahan sewaktu berdemonstrasi di Masjid Negara yang ditahan telah dibuang pengajiannya, maka adakah kita
          hanya berdiam-lena bagi melihat aksi-aksi keterlaluan dari pemerintah durjana itu ? Bangkitlah sekalian, ketepikan
          prinsip kepartian lapuk pemerintah itu, ayuh kita kotakan prinsip kemusiaan yang haqiqi. Palingkanlah muka kalian
          kepada mereka yang bersikap kejam sesama hamba ini.

          Apakah kerajaan fikir mereka boleh menutup kepincangan mereka dengan memenjarakan segelintir mereka itu ?
          Jawapannya adalah tidak sekali-kali, kerna dengan perbuatan mereka yang penuh hasad itu bakal menerbitkan
          kesedaran kearah melahirkan gelombang rakyat yang maha besar ini. Silapkah telahan saya ini, jika kita menyorot
          aksi massa di Indonesia tempohari, dengan kepedihan kehidupan di bawah rejim yang zalim, mereka bangkit
          dengan penih harapan serta kesedaran. Mereka juga yakin bahwa, Tuhan itu tidaklah zalim.

          Kerna sesungguhnya, " Tuhan itu tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa tersebut, jkecuali bangsa itu
          sendiri yang berusaha mengubahnya". Ini adalah kerana kita dibekalkan dengan akal fikiran. Maka adalah
          kewajipan kita membuat pertimbangan dengan neraca hati nurani, bukan dengan dengki, hasad yang keji.

          Sayogia dengan itu, amatlah kita sadar dan prihatin untuk berusaha mengembalikan semula kegemilangan serta
          jatidiri yamng kian pudar dewasa ini. Marilah kita bersama-sama kearah kecemerlangan bagi mendaulatkan agama,
          bangsa dan negara. Robohkanlah temboh penghubung manusiawi ini dengan kebatilan segelintir manusia yang
          bersifat kebinatangan yang tanpa segan silu mempergunakan akta zalim serta memperkudakan institusi yang
          sewajarnya bersikap adil dan mesra rakyat. Bukannya bersikap keparat.

          anjaib@harakahdaily.com