Usaha ini amat
perlu dijalankan demi mengembalikan zaman kegemilangan Mahasiswa pada tahun
60 an dan 70 an
yang amat digeruni
oleh penguasa ketika itu sehingga terpaksa menggubal akta Universiti dan
Kolej Universiti
demi membunuh
Gerakan Mahasiswa Malaysia. Dalam pada itu, kita sebagai Mahasiswa tentulah
tidak akan
mengabaikan
pelajaran kita sebagaimana yang dimomokkan dan dipropagandakan oleh penguasa
bahawa
Mahasiswa yang
terlibat dalam gerakan kemahasiswaan adalah Mahasiswa yang malas belajar.
Himpunan khas
Mahasiswa ini perlu disegerakan untuk memberi signal kepada penguasa bahawa
Mahasiswa
tidak sama sekali
gentar dengan ancaman ISA bahkan mati sekalipun mereka tidak takut demi
menegakkan keadilan
dan kebenaran
di bumi tercinta ini. Mahasiswa sentiasa berpegang kepada falsafah perjuangan
‘kalau takut pada
risiko, jangan
bicara soal perjuangan’.
Akhir sekali,
Kesatuan Mahasiswa Merdeka ingin merakamkan salute kepada saudara Khairul
Anuar Ahmad
Zainuddin (Jonah)
dari Universiti Bangsar Utama dan saudara Presiden MPP UM Mohd Fuad yang
cekal berjuang
sehingga ditahan
di bawah seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apalah pengorbanan
yang kami
sumbangkan ini
jika dibandingkan dengan saudara berdua. Walaubagaimanapun, jiwa kami tetap
bersamamu
untuk meneruskan
perjuangan ini. Kami berdoa agar kalian berdua tetap konsisten dalam perjuangan
ini dan tidak
mudah tunduk
kepada taktik reverse psychology yang wajib digunakan oleh penguasa untuk
melemahkan
semangat juang
saudara.
Selamat berhimpun!
HIDUP GERAKAN MAHASISWA! MANSUHKAN ISA! MANSUHKAN AUKU!
Asrul Nizam Abd
Jalil
Jurucakap KESATUAN
MAHASISWA MERDEKA
kmm_iiu@yahoo.com