Assalamualaikum

     Saya selaku webmaster laman ini memanjatkan syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia NYa laman ini telah berjaya didirikan. Dan tidak lupa kepada para rakan² pembela rakyat yang terus berjuang hingga kesaat ini saya ucapkan syabas dan tahniah keatas pengorbanan rakan-rakan untuk terus berjuang hingga menang

    Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju telah ditubuhkan kerana sikap para ahlinya yang telah mempunyai kesedaran ke atas apa yang telah berlaku di negara Malaysia yang kita cintai. Walaupun golongan Mahasiswa kemungkinan besarnya akan dikenakan Akta AUKU yang telah diperkenalkan sekitar 1970 an, ini tidak dapat menutup suara mahasiswa untuk mengkritik kerajaan dan terus membela nasib rakyat.

    Kajian secara empirik telah dijalankan dan relevensi rakyat inginkan Reformasi Total terus berlaku di Malaysia. Walaupun G.M.W.M telah didaftarkan dibawah G.M.L.N tetapi kami yakin dan percaya tindak-tanduk kami tidak menjejaskan hubungan kami dengan pihak G.M.L.N

 Jika semangat kami (G.M.W.M) putus ditengah jalan kami pasti akan menoleh kebelakang dan kami tidak akan keseorangan untuk menuntut keADILan.