MENIFESTO/DASAR GABUNGAN MAHASISWA WANGSA
MAJU (GMWM)
Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju adalah
gerakan anak muda, pelajar dan mahasiswa yang bebas daripada politik kepartian.
GMWM terdiri daripada anak-anak muda terdiri daripada semua bangsa dan
tinggal di sekitar Wangsa Maju yang kini sedang menuntut didalam dan luar
negeri. Sebagai pelajar kami sedar bahawa tugas kami adalah untuk mencari
ilmu pengetahuan. Dalam masa yang sama, kami juga adalah sebahagian daripada
rakyat. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kami ingin mengeluarkan
pandangan tentang apa yang sedang berlaku kepada negara kita. Kami juga
percaya bahawa politik jalanan (demonstrasi) adalah jalan yang paling sesuai
dalam proses kedaulatan kembali sistem demokrasi itu sendiri.
Kami dari GMWM sedar bahawa demokrasi
bukan semata² pilihanraya lima tahun sekali. Demokrasi untuk GMWM
adalah hak rakyat untuk berkumpul, berhimpun, mengeluarkan suara, mencetak
dan mengedarkan pandangan. Demokrasi kami juga adalah hak orang ramai berbincang
untuk menerima atau menolak pandangan. Demokrasi juga adalah hak rakyat
untuk memilih sesiapa sahaja.
PENDIDIKAN
Ilmu dan pendidikan bukan barangan
dagangan. Sistem persekolahan wajib diberi percuma dari sekolah rendah
hingga ketahap kolej dan universiti. Pembelajaran adalah tanggungjawab
kerajaan. Rakyat yang berilmu adalah pelaburan yang paling selamat untuk
melahirkan sebuah masyarakat yang demokratik dan madani. GMWM adalah menolak
dasar pengkopratan dan penswastaan.
Menolak Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU). Akta ini bertentangan dengan semangat demokrasi. Akta
ini melumpuhkan kemahasiswaan seorang pelajar. Akta ini melumpuhkan potensi
kelahiran seorang warga yang berilmu, berakhlak, dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan alam persekitarannya.
Memastikan kebajikan dan keselesaan
belajar dari sekolah rendah hingga ke kolej atau universiti terjamin.
Menuntut supaya dihapuskan dengan
serta merta sistem sekolah dua sessi. Sistem dua sessi ini tidak dapat
meningkatkan tahap kecerdasan mencari ilmu dan sistem ini telah dianggap
lapuk.
EKONOMI
-
Sistem agihan ekonomi negara ini adalah
jelas tidak adil. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.
Menuntut supaya diwujudkan satu sistem agihan ekonomi yang lebih adil,
telus, serata dan saksama
-
Penswastaan adalah satu sistem merompak
harta rakyat kepada golongan yang tertentu. Kami menolak dasar penswastaan
dan menuntut supaya perancangan penswastaan diberhentikan dengan serta
merta
-
Menolak sistem kroni yang sedang berlaku
di dalam pemberian harta rakyat dan menggesa supaya kerajaan menghapuskan
sistem kroni yang sedang mengganasi dan menghancurkan susur jalur dan susun
lapis masyrakat
-
Menolak Akta Tanah Negara yang kini
diguna untuk merompak harta dan tanah rakyat. Menuntut tanah tanah yang
telah dirampas, dipulangkan dan diberi pampasan
BUDAYA
-
Budaya yang wujud hari ini sedang memperkukuhkan
dan memaparkan budaya hedonisme yang bercita-cita untuk melemahkan jati
diri rakyat.
-
Memelihara dan memupuk kelahiran budaya
rakyat yang hidup, progresif dan demokratik. Menolak semua bentuk budaya
yang elitis. Menerima bentuk-bentuk budaya yang baru yang sihat , berilmu
dan dapat membantu melahirkan warga yang jujur, warga yang bertaqwa warga
yang berakhlak dan warga progresif
POLITIK
-
Menolak semua akta dan undang-undang
yang mengancam demokrasi dan hak asasi manusia. Menolak Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia (OSA), Akta Cetak dan Penerbitan dan bermacam
akta yang mengongkong semangat perlembagaan Malaysia. Akta ini bertujuan
melindungi takhta dan mahligai rakyat di PutraJaya daripada jatuh ketangan
yang sepatutnya dan mempertahankan dari beberapa kerat kroni yang sedan
ASYIK merompak kekayaan negara.