Tips Untuk Para Peserta Demo

1. Pakai running shoes. Kalau boleh yang khas dengan spike untuk 100M dash.
Kalau FRU kejar, pasti mereka tercungap.

2. Pakai gogel macam bersiap sedia untuk berenang. Pastikan gogel anda tak
pecah. Gas pemedih mata tidak dapat menembusi gogel yang baik.

3. Bawa tuala/guni dan air mineral. Cover tabung gas pemedih mata dengan
tuala atau guni basah supaya gas tidak merebak.
Anda boleh jadi hero menyelamatkan orang tua, wanita dan kanak-kanak.

4. SB akan menggunakan petanda pengenalan seperti ikatan kain pada lengan
atau selendang. Dalam kecemasan, tiru mereka supaya mereka sangka anda jugak
SB.

5. Jika anda perlu lari, sila lari ke arah wartawan CNN, AFP,Channelnewsasia atau BBC. Pendek kata, lari kearah wartawan
asing. Kalau anda terjatuh dan dipukul, sekurang-kurangnya dunia boleh
melihat anda.

6. Bawa kamera bagi merakamkan keganasan pihak orang jahat!

7. Pakai vest supaya mereka sangka anda adalah jurukamera.

8. Apabila dibelasah sila buat aksi sakit melampau yang dramatik macam
wrestling atau Piala malaysia. Ini mungkin membangkitkan belas kesian FRU.
Mereka mungkin berhenti menendang, dan mula mencubit pula.

9. bawa persalinan pakaian yang banyak. Baju anda mungkin basah disiram oleh
water canon. Lagipun kalau SB ambil gambar
anda, tidaklah gambar anda tu posing dalam baju yang sama. Biar ada
kepelbagaian. Pengantin pun tukar 5-6 pasang baju.

10. Akhir sekali, jaga akhlak anda. Jangan mengganas tak tentu pasal.
Selamat berjuang.
 

Pengurus laman GMWM
*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*